suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Tiga anak Kapten AA terbang ke Oman demi bertemu arwah bapa, keprihatinan insan sekeliling undang sebak

Tiga anak Kapten AA berangkat ke Oman pada Ahad pagi.

TIGA anak pengacara dan personaliti media sosial, Allahyarham Akhmal Asyraf atau Kapten AA kini dalam perjalanan ke Oman bagi memberi penghormatan terakhir buat bapa mereka.

Menurut pengasas RareTV, Saiful Nang, tiga anak Allahyarham yang dikenali sebagai Hud, Luth dan Isa sudah pun berangkat ke Oman pada Ahad pagi.

"Alhamdulillah anak-anak Akhmal Asyraf dan Najihah Amirudin sudah dalam perjalanan untuk pertemuan terakhir dengan ayahnya," kongsinya di Threads.

Menurut Saiful Nang lagi, anak-anaknya juga bersahabat baik dengan ketiga-tiga cahaya mata Allahyarham.

Malah, dua anak Saiful Nang turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad pagi untuk menghantar sahabat mereka yang berangkat ke Oman.

Menerusi video di media sosial [Tonton Video], Datin Seri Norhayati Musa iaitu isteri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut hadir menyantuni ketiga-tiga beradik itu.

 Kapten AA meninggal dunia di Muscat, Oman pada Khamis.

Satu lagi video berasingan menunjukkan Norhayati turut bersama tiga kanak-kanak itu ketika mereka menuruni sebuah esklator sebelum menaiki pesawat.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa sayu melihat layanan istimewa yang diterima anak-anak Allahyarham Kapten AA.

"Asbab arwah ayah mereka menyantuni anak-anak yatim terdahulu. Kini, Allah hantarkan orang lain pula untuk menyantuni anak arwah.

"Apabila tengok tiga beradik berjalan beriring nak naik pesawat untuk 'jumpa' ayah mereka, terus banjir air mata," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasport siap, hasrat tatap wajah bapa tercinta tercapai... Tiga anak arwah Kapten AA sedia terbang ke Oman

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerima panggilan daripada pelbagai pihak berhubung kesukaran tiga beradik itu mendapatkan pasport.

Pada Sabtu, mStar melaporkan tiga anak Allahyarham akhirnya menerima pasport masing-masing untuk diterbangkan ke Oman bagi menziarahi jenazah bapa mereka.

Untuk rekod, Kapten AA meninggal dunia di Muscat, Oman, pada Khamis kerana jangkitan paru-paru.

Akhmal berada di Oman bersama pasukan produksi bagi menjayakan rakaman program Kembara Wahyu 2027 di Oman yang dijadualkan berlangsung selama 14 hari.

Artikel Lain