TAMPIL dengan wajah bengkak sehingga mengundang kebimbangan ramai, personaliti media sosial Ryan Bakery menjelaskan keadaan itu bukan disebabkan masalah kesihatan serius seperti disangka netizen.Sebaliknya, Ryan atau nama sebenarnya Ryan Fahmi Bakery, 31, memberitahu perubahan sementara pada wajahnya itu merupakan kesan suntikan bius selepas menjalani prosedur menanam rambut pada Khamis lalu. Menurut Ryan, dia sudah dimaklumkan lebih awal mengenai kesan sampingan tersebut dan menjangkakan wajahnya akan mengalami bengkak selama beberapa hari.Ryan kongsi keadaan dirinya selepas beberapa hari menjalani prosedur menanam rambut."Doktor pun sudah beritahu lebih awal yang muka saya akan membengkak seperti ikan flowerhorn. Jadi, saya tidaklah terlalu terkejut atau takut apabila perkara itu berlaku."Sehari selepas pembedahan, bahagian dahi mula membengkak. Hari kedua, bengkak merebak ke tepi mata dan hari ketiga pula mula melibatkan bahagian kelopak mata."Tak sakit pun, cuma rasa tegang disebabkan bengkak. Muka pun nampak macam buah mengkudu. Bengkak itu menyebabkan kita rasa ketat sampai nak gelak, bercakap atau buat apa-apa pun rasa kurang selesa," katanya ketika dihubungi mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Ryan Bakery kongsi berita duka, isteri keguguran anak keduaARTIKEL BERKAITAN: Ryan Bakery berjaya turun 10 kg, jadikan Shaheizy Sam sebagai inspirasi untuk kurusBerkongsi mengenai kos prosedur berkenaan, Ryan memaklumkan dia membelanjakan kira-kira RM17,000 bagi proses menanam sebanyak 4,500 folikel rambut.Mengulas tindakannya menjalani prosedur itu, Ryan memberitahu ia dilakukan sebagai usaha meningkatkan keyakinan diri selain menjaga penampilan yang menjadi sebahagian daripada tuntutan kerjayanya.Ini selepas masalah rambut botak dibahagian depan kepala membuatkan dirinya kurang keyakinan diri terutama perlu berdepan di hadapan kamera. Saya nak bina badan pula supaya nampak lebih berotot.RYAN BAKERYPERSONALITI MEDIA SOSIAL"Ada orang kata, kenapa perlu malu kalau botak sedangkan perkara itu genetik? Ya, betul. Tetapi saya bekerja di hadapan kamera dan turut menjadi duta kepada beberapa produk. Jadi, penampilan memang perlu dijaga kerana ia juga sebahagian daripada tuntutan kerja."Sebab itulah saya buat keputusan untuk tanam rambut. Memang ada juga orang yang minta saya tunjuk gambar bahagian depan rambut apabila diselak. Ketika itu memang jelas nampak rambut semakin menipis sehingga kulit kepala pun kelihatan," ujarnya.Selain menanam rambut, Ryan turut berkongsi hasrat untuk melakukan beberapa perubahan lain bagi memperbaiki penampilan diri.Ryan mahu jaga penampilan diri demi kerjaya lakonan.Katanya, dia sebelum ini sudah menjalani rawatan membetulkan susunan gigi yang agak tidak teratur dengan memakai pendakap gigi."Saya memang mahu jaga penampilan. Sebelum ini, saya juga sudah buat perubahan pada gigi kerana susunannya agak berterabur. Jadi, saya pakai pendakap gigi untuk membetulkannya."Kalau semuanya sudah selesai, saya nak bina badan pula supaya nampak lebih berotot," luahnya sambil berseloroh.Sebelum ini, Ryan berkongsi foto memaparkan keadaan wajahnya yang bengkak menerusi aplikasi Threads miliknya sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.TONTON VIDEO PILIHAN!