suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suka tindih dua tiga bantal ketika tidur? Awas, anda sedang menempah ‘malapetaka’

Pemilihan bantal yang selesa turut memainkan peranan penting untuk tubuh badan. -Gambar hiasan AI

SAKIT tengkuk sebaik sahaja bangun daripada tidur mungkin bukan sekadar disebabkan oleh posisi tidur yang salah, sebaliknya turut dipengaruhi oleh ketinggian bantal yang digunakan.

Kebiasaannya ramai individu mengambil jalan mudah dengan menambah bilangan bantal apabila berasa tidak selesa.

Malah ada yang gemar melipat bantal atau menggunakan beberapa lapisan sehingga kedudukan kepala tertolak terlalu tinggi.

Tabiat berkenaan bagaimanapun boleh menyebabkan leher berada dalam kedudukan tidak neutral sepanjang malam, sekali gus menyumbang kepada ketegangan pada bahagian tengkuk dan bahu.

Elakkan menyandar kepala dengan tiga lapisan bantal ketika membaca atau menonton telefon di atas katil. -Gambar hiasan AI

Elakkan menyandar kepala dengan tiga lapisan bantal ketika membaca atau menonton telefon di atas katil. -Gambar hiasan AI

Public Health Malaysia menjelaskan bahawa tulang leher mempunyai lengkungan semula jadi yang perlu dikekalkan ketika tidur.

Justeru, fungsi utama bantal adalah untuk mengisi ruang antara kepala dengan tilam supaya kedudukan leher kekal selesa, bukannya menolak kepala ke atas.

1. Elakkan menggunakan bantal terlalu tinggi

- Satu kajian biomekanik menguji empat ketinggian bantal antara 11 hingga 17 sentimeter terhadap orang dewasa sihat yang tidur dalam posisi terlentang.

- Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketinggian bantal menyebabkan tekanan pada kepala meningkat kira-kira 30 peratus.

- Tekanan pada bahagian tengkuk turut meningkat dengan ketara berbanding penggunaan bantal paling rendah.

- Sudut tulang leher juga berubah lebih 60 peratus apabila menggunakan bantal paling tinggi, dengan bahagian leher atas paling terkesan.

2. Pilih ketinggian bantal mengikut posisi tidur

- Bagi individu yang tidur mengiring, bantal perlu cukup tinggi untuk mengisi ruang antara telinga dengan hujung bahu.

- Kedudukan hidung, dagu dan tengah dada sepatutnya berada dalam satu garisan lurus.

- Kepala tidak sepatutnya senget ke atas atau jatuh ke bawah.

- Jika tidur terlentang, gunakan bantal lebih rendah supaya dagu tidak tertolak ke arah dada dan mata menghadap terus ke siling.

3. Kurangkan tabiat tidur meniarap

- Posisi tidur meniarap dianggap lebih mencabar untuk bahagian leher kerana kepala perlu dipusing ke sisi sepanjang malam.

- Jika boleh, individu yang mempunyai tabiat tidur dalam posisi itu disarankan cuba mengubahnya secara perlahan-lahan.

- Bantal yang sudah kempis sebelah atau berketul juga wajar diganti bagi memastikan sokongan lebih sekata.

4. Elak menyandar kepala dengan banyak bantal ketika menggunakan telefon

- Individu yang gemar membaca atau menonton telefon di atas katil dinasihatkan menyandarkan bahagian belakang badan.

- Elakkan daripada sekadar meninggikan kepala menggunakan tiga lapisan bantal sehingga leher berada dalam kedudukan membengkok.

Dalam pada itu, Public Health Malaysia mengingatkan individu yang mengalami sakit tengkuk berpanjangan selama beberapa minggu supaya mendapatkan pemeriksaan doktor.

Keadaan itu lebih membimbangkan sekiranya disertai gejala kebas atau kelemahan pada tangan.

Pemilihan bantal yang sesuai bukan sekadar soal keselesaan, sebaliknya penting untuk membantu mengekalkan kedudukan leher sepanjang tempoh tidur.

Ini kerana manusia menghabiskan kira-kira satu pertiga daripada kehidupan mereka dengan tidur, justeru sokongan bantal yang betul tidak seharusnya dipandang ringan.

Artikel Lain